Select Page

Tahukah anda,selepas 80 hingga 120 hari, sel-sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati dan akan dibuang oleh hati. Namun tidak semua darah itu akan dapat dikeluarkan.

Oleh kerana sifatnya yang melekit dan tidak berfungsi, lama kelamaan darah mati akan memenuhi ruang-ruang urat kecil yang dipanggil kapilari, sama ada di sekeliling organ-organ penting dan di bawah kulit.

Ia kemudian akan dibawa oleh arus perjalanan darah yang laju ke semua bahagian tubuh dari kepala hinggalah ke kaki dan akan melekat antara satu sama lain serta bercampur dengan urik asid, urea dan toksin.

Apabila sel-sel darah mati yang masih tertinggal di dalam sistem perjalanan darah ia akan menjadi faktor utama tersumbatnya urat kapilari yang akan mengganggu sistem fungsi organ seperti limpa, ginjal dan hati hingga menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala-gejala awal menunjukkan tubuh dipenuhi darah kotor yang tersumbat apabila badan menjadi lesu, letih, kebas, pening dan mengantuk Oleh itu kaedah paling berkesan untuk mengeluarkan darah yang tidak diperlukan ialah dengan berbekam.

Kebaikan berbekam sejak ribuan tahun dahulu semakin diterima dalam masyarakat Malaysia bukan sahaja dalam kalangan beragama Islam, tetapi juga kaum lain yang semakin mengetahui kebaikan berbekam.

Mekanisme keberkesanan bekam adalah dipercayai melalui kesan counter-irritaion dan detoksifikasi. Walaubagai manapun, masih tiada ujian saintifik yang dijalankan untuk menguji teori keberkesanan bekam ini. Terdapat beberapa keputusan kajian yang menggalakkan mengenai keberkesanan bekam, dan terdapat pengarang yang merumuskan bahawa rawatan bekam berkesan untuk mengurangkan simptom dan kesakitan.

 

Bekam dapat membantu dalam rawatan pelbagai jenis penyakit. Walaubagai manapun, ia tidak boleh menyembuhkan sesuatu penyakit. Sebaliknya, ia sekadar membantu mengurangkan simptom/kesan dan mengawal penyakit tersebut, iaitu sebagai rawatan pelengkap kepada rawatan standard.

Bekam juga diamalkan sebagai rawatan pelengkap kepada amalan-amalan lain seperti urut, dan kebiasaanya, pengamal akan membekalkan ramuan herba untuk diambil oleh pelanggan selepas menerima rawatan bekam.

Bekam Untuk Rawatan Dalaman

Bekam adalah rawatan terbaik kerana ia menetapkan dua titik utama yang perlu dirawat iaitu titik untuk penyakit kronik dan titik untuk penyakit tidak kronik. Rawatan bekam pada titik untuk penyakit kronik dilakukan ke atas pesakit yang bertujuan untuk membetulkan organ dalaman utama iaitu hati dan buah pinggang yang terganggu akibat pengumpulan toksin dalam badan.

Rawatan bekam untuk pesakit yang menghidap kencing manis, sakit jantung dan gout perlu bermula pada titik di hati dan buah pinggang. Segala penyakit kronik yang menganggu kesihatan manusia berpunca daripada darah kotor (bertoksin) yang mengalir dalam tubuh dan apa yang membezakan antara jenis penyakit dengan penyakit yang lain adalah di bahagian tubuh yang mana toksin itu berkumpul.

Dua organ ini perlu dipulihkan kerana kedua-duanya berfungsi untuk membersihkan tubuh daripada kotoran. Buah pinggang adalah penapis terbaik kepada darah dan jika ia dapat berfungsi dengan baik maka semua kotoran atau toksin yang terdapat dalam darah berhasil dikeluarkan melalui air kencing.

Hati pula bertindak untuk menyerap segala jenis bahan kimia beracun daripada makanan dan pengambilan ubat-ubatan, jadi apabila hati seseorang itu gagal memainkan peranannya maka toksin beracun akan terlepas ke dalam aliran darah.

Rawatan bekam sangat berkesan kerana tidak memasukkan sebarang ubat-ubatan yang boleh menghasilkan toksin dalam tubuh badan, sebaliknya, rawatan bekam bersifat membuang toksin melalui titisan darah kotor.

Untuk mengenal pasti darah yang keluar daripada tubuh badan itu bertoksin atau tidak adalah dengan melihat daripada warna darah, dan kepekatannya. Darah yang bersih dan terhindar daripada toksin adalah berwarna merah terang, dan cair manakala darah bertoksin biasanya berwarna merah kehitaman dan pekat.

 

baca ni juga;

error: Content is protected !!