Select Page

Seperti yang diketahui bekam merupakan amalan Rasulullah s.a.w justeru ia merupakan sunnah yang sebaiknya kita ikuti. Bekam mempunyai manfaat yang banyak dari segi perubatan dan kesihatan. Proses bekam mengeluarkan sel-sel darah yang telah mati, dan proses ini akan menggalakkan pembuatan sel baru yang sihat.

Proses berbekam ini meningkatkan fungsi sel, organ dan sistem tubuh yang mana sudah lemah akan diperkuatkan, yang mana kurang akan ditambahkan, yang mana rosak akan diperbetulkan. Ia dapat mencegah pelbagai masalah dan penyakit kronik. Maka kita tidak perlu membebankan tubuh dengan ubat-ubatan kimia dan sintetik yang banyak kesan sampingan dan mahal harganya.

Mereka yang mahu berbekam hanya akan mengalami rasa sakit seakan digigit semut. Kesan rawatan pula bergantung kepada pesakit itu sendiri. Ada pesakit langsung tidak rasa apa-apa, ada rasa sedikit geli ketika dicucuk jarum.

Ini kerana bekam tidak menggunakan ubat bius, namun proses sedutan angin pada permulaan rawatan menjadikan kulit kebas. Proses sedutan ini juga akan menebalkan kulit dan sebenarnya bertindak sebagai bius secara semula jadi.

Bekam adalah rawatan yang begitu digalakkan, membabitkan proses membuang darah bertoksik yang ada di bawah permukaan kulit. Pembuangan itu bertujuan melancarkan peredaran darah selain membuang angin dalam badan yang menimbulkan rasa tidak selesa.

Menariknya, walaupun bekam adalah amalan sunnah Rasulullah SAW, namun rawatan itu bukan saja mendapat sambutan daripada orang Islam saja, malah bukan Islam yang turut melakukannya.

Masih ada segelintir masyarakat yang mempunyai persepsi tidak tepat mengenai rawatan bekam dan jurubekam. Persepsi berkenaan mungkin timbul disebabkan kewujudan segelintir jurubekam yang menawarkan khidmat bekam di kawasan tidak sesuai dan tidak dijamin kebersihannya.

Bekam bukanlah rawatan jalanan, jurubekam perlu menjalani latihan sebelum memperoleh sijil bagi melayakkan mereka menjalani rawatan. Bukan semua orang boleh menjalani bekam. Setiap pesakit perlu diambil tekanan darah terlebih dulu kerana mereka yang mempunyai tekanan darah rendah tidak sesuai berbekam.

 

baca ni juga;

 

Cara Jurubekam Melaksanakan Proses Berbekam

Diagnosis

Pesakit akan ditanya oleh jurubekam mengenai masalah kesihatan yang dialami. Tekanan darah, nadi dan bacaan gula akan diambil terlebih dulu sebelum jurubekam membuat keputusan pesakit sesuai berbekam atau tidak.

Bersih kawasan bekam

Kawasan yang ingin dibekam dibersihkan menggunakan iodin atau minyak zaitun.

Bekam angin dilakukan

Proses sedutan angin dibuat selama lima hingga 10 minit. Ini bertujuan mengumpul darah kotor (oksidan), toksik, sel mati dan angin.

Buka cawan bekam dan sayat

Cawan bekam yang digunakan ketika sedutan angin akan dibuka dan kulit akan dilukakan sedikit menerusi proses sayatan nipis (jika guna pisau) atau tusukan jarum.

Letak cawan bekam, sedut darah

Proses ini berlangsung sepuluh minit bergantung kepada pesakit. Darah disedut sampai keluar plasma (cecair berwarna putih).

Sapuan antiseptik

Dibuat sejurus rawatan berakhir

Daftar Jadi Juruterapi di MYbekam

MYbekam beroperasi di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin banyak, MYbekam menjemput jurubekam yang berminat menjadi juruterapi dengan mereka.

Ini merupakan salah satu langkah MYbekam untuk memperluaskan lagi perkhidmatan mereka ke seluruh negara. Mereka mestilah mempunyai pengalaman sebagai jurubekam lebih setahun dan mempunyai sijil bekam dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka yang berminat juga perlu mempunyai peralatan bekam yang baik dan mempunyai kenderaan sendiri supaya mudah bergerak ke rumah pelanggan.

Bagi mereka yang mempunyai kelayakan dan berminat menjadi juruterapi bersama MYbekam boleh daftar di www.mybekam.com

error: Content is protected !!