Select Page

Bekam, kaedah rawatan yang dipercayai wujud sejak zaman purba Greek malah diyakini keberkesananya terutama di negara-negara Islam sebagai kaedah perubatan yang dikatakan mampu membantu menyembuhkan penyakit terutama kronik. Bekam juga adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Yang pasti, di Malaysia sendiri, rawatan bekam semakin meluas malah diterima ramai terutama banyaknya pusat-pusat rawatan bekam dan kecantikan, Namun, masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya, terutama sekali dari segi aspek kebersihan dan keselamatan.

Tetapi kini tidak lagi dengan adanya MYbekam. Kebersihan adalah menjadi keutamaan Mybekam. Mybekam mengamalkan konsep Mudah dan Selesa’. Mereka melakukan servis bekam kepada pelanggan dengan cara yang selamat dan mengutamakan kebersihan.

Warga Johor Bahru Boleh Guna Perkhidmatan MYbekam

MYbekam memberi jaminan keselesaan kepada pelanggan serta mengutamakan kebersihan. Kesemua aspek dalam perawatan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MYbekam Johor Bahru dikendalikan oleh juruterapi profesional dan berpengalaman dalam sesi terapi bekam. Servis yang ditawarkan oleh MYbekam Johor Bahru ialah bekam dan urutan badan dengan kaedah rawatan moden Konsep yang dibawa bersama dalam perniagaan yang menjadi kekuatan MYbekam adalah konsep ‘Mudah dan Selesa’ yang bertujuan supaya pelanggan sentiasa berada dalam keadaan relaks dan selesa tidak ada sebarang percampuran bagi kaum lelaki dan wanita ketika berada dalam rawatan.

 

Menjalankan aktiviti bekam secara mobile, warga Johor Bahru boleh menggunakan laman sesawang  HYPERLINK “http://www.mybekam.com” www.mybekam.com bagi menempah perkhidmatan berbekam. Jurubekam akan datang ke rumah atau tempat yang ditentukan oleh pelanggan.

Konsep kepada servis ini juga ingin memberikan perkhidmatan profesional serta layanan terbaik dengan menawarkan pakej harga yang berpatutan. Malah, peralatan bekam yang digunakan oleh kesemua juruterapi adalah peralatan moden. Penggunaan produk antiseptik serta bahan-bahan minyak adalah bahan yang telah diluluskan oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Segala perjalanan proses terapi yang dititik beratkan ialah kebersihan dan segala proses rawatan adalah mengikut standard piawai yang telah ditetapkan.

MYbekam Johor Bahru mempunyai misi mengangkat amalan bekam pada tahap lebih tinggi yang mana ianya dikenali sebagai salah satu amalan sunnah Rasulullah SAW, bersih serta selamat dan masyarakat menerimanya dengan positif.

Kepada yang ingin mencuba kaedah bekam seharusnya menggunakan perkhidmatan dari mereka yang pakar. Ini untuk mengelakkan terdapat kesan sampingan yang timbul akibat dari penggunaan peralatan yang tidak diseteril. Sebab itu MYbekam amat menitikberatkan kebersihan dalam peralatan yang digunakan.

Bagi wanita yang mengandung, wanita haid, wanita keguguran, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser dan pengidap tekanan darah rendah yang serius tidak digalakkan untuk berbekam. Sebab itu MYbekam akan memberi khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum berbekam.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan.

 

baca ni juga;

 

Bagi mereka yang sering mengamalkan perubatan bekam,anda pasti menyedari bahawa kualiti kesihatan badan anda akan terasa meningkat dari masa ke semasa.Berbekam secara umum adalah proses penyahtoksidan badan melalui pengeluaran darah kotor.

Jika kita kerap berbekam,maka semakin hari semakin kuranglah kandungan toksid dalam darah dan dalam masa yang sama semakin banyak penghasilan sel darah merah yang baru serta sel darah putih yang menyumbang kepada peningkatan antibodi dalam badan amnya

Jadi warga Johor Bahru jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan professional dari jurubekam MYbekam Johor Bahru dengan layari laman sesawang MYbekam.

error: Content is protected !!