Select Page

Bekam. Mungkin ada segelintir daripada kalangan kita sudah pun mendapatkan rawatan ini, atau mungkin dirinya seorang perawat mahupun pemilik pusat bekam. Bahkan, mungkin ada dalam kalangan kita ini yang masih tidak tahu rawatan apakah ini? Selamatkah? Tidak berbahayakah untuk kesihatan?

Justeru, di sini dikongsikan beberapa info atau maklumat berkaitan dengan bekam.

Kaedah Bekam Menurut Islam

Pada zaman Rasulullah s.a.w, bekam menggunakan kaca atau mangkuk tinggi. Manakala pada zaman Cina kuno, mereka menggunakan tanduk. Manakala orang-orang Eropah pada abad ke-18, mereka menggunakan lintah sebagai alat bekam.

Kini, zaman semakin canggih dan kaedah berbekam juga mengalami transformasi, iaitu menggunakan sayatan pisau, gelas udara kaca, gelas vakum – cupping set dan jarum lancet.

 

 

Adakah Orang Bukan Islam Boleh Berbekam

Ya. Bahkan, sejarah mencatatkan bahawa penduduk di negara China sudah lama mengamalkan kaedah rawatan ini dalam pengubatan penyakit di sana, selain negara Eropah.

Bekam Baik Untuk Wanita

Wanita yang menghadapi haid tidak menentu, senggugut, kesuburan dan masalah wajah digalakkan untuk berbekam. Bagi yang menghadapi masalah haid atau senggugut, mereka digalakkan menjalani rawatan bekam seelok-eloknya tiga atau empat hari sebelum datang haid. Rawatan ini menyebabkan darah haid mereka lebih lancar dan dengan sendiri mengatasi masalah yang dihadapi.

Untuk rawatan wajah, kebanyakan kes ialah masalah jerawat kronik sehingga mengeluarkan nanah. Dalam kes sebegini, kaedah berbekam membolehkan ia menyedut keluar nanah dan kuman akibat jangkitan. Namun, bagi yang tidak menghadapi sebarang masalah wajah, mereka menjadikan amalan berbekam untuk menjaga kesegaran muka dengan menyingkirkan sel mati pada wajah.

 

baca ini juga;

 

Bekam Baik Untuk Masalah Gula Dalam Darah dan Kolestrol

Berbekam mampu menurunkan kadar gula dalam darah, malah turut mengaktifkan semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik. Di samping itu, serum trigliserida iaitu sejenis lemak dalam darah dan tekanan darah sistolik juga menunjukkan penurunan. Faktor Antigen Von Willebrand (VWF) iaitu sejenis bahan yang menentukan keanjalan salur darah turut menurun.

Paras kolesterol yang sering dikaitkan dengan masalah jantung turut mengalami penurunan jika berbekam dijadikan amalan.

 

 

Pantang Larang Dalam Bekam

Terdapat beberapa pantang larang antaranya; tidak boleh berbekam bagi mereka yang mengalami penyakit kulit, orang tua yang lemah fizikal, kanak-kanak dehidrasi, pesakit kanser darah, sering keguguran, orang gila, pesakit Hepatitis A dan B yang parah dan setelah muntah.

Juga dilarang kepada pesakit yang baru mencuci darah, wanita hamil 3 bulan pertama, mereka yang baru menderma darah, tidak digalakkan bekam ketika sangat kenyang atau sangat lapar, wanita yang sedang haid, penyakit radang usus, ibu yang baru melahirkan anak dan lain-lain mengikut keadaan seseorang.

Bermanfaat Mengatasi Bisa

Seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.

Boleh Berbekam Di Rumah

Mungkin ada yang tidak tahu sekarang sudah banyak perkhidmatan berbekam di rumah. Tidak perlu lagi ke pusat bekam atau spa yang menyediakan perkhidmatan bekam.

Mybekam kini terkenal dengan perkhidmatan mobile servis menawarkan khidmat bekam di rumah pelanggan. Mybekam beroperasi di beberapa bandar utama seluruh negara seperti Johor Bahru.

Warga Johor Bahru boleh mendapatkan khidmat bekam dari Mybekam melalui laman sesawang https://www.mybekam.com Perkhidmatan professional dari Mybekam pasti membuat anda berpuas hati.

error: Content is protected !!