Select Page

Rawatan bekam adalah satu kaedah perubatan cara kuno untuk mengeluarkan darah berlebihan atau darah bertoksin dan angin daripada badan seseorang, malah kaedah ini masih diamalkan oleh masyarakat di negara ini.Dalam Islam sendiri, berbekam atau hijamah adalah sejenis perubatan sunah yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit di dalam jasad.

Seiring perkembangan zaman, penemuan kaedah moden yang lebih bersih dan berkesan dalam proses rawatan bekam.Perniagaan perkhidmatan bekam kini semakin banyak ditawarkan bak cendawan tumbuh selepas hujan terutamanya di Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Pelbagai pakej bekam turut ditawarkan. Perkhidmatan ini ditawarkan kerana warga kota kini terpaksa melalui kehidupan yang sibuk samada ketika waktu bekerja atau semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja. Ramai warga kota mula mencari alternatif untuk melegakan kelesuan badan akibat stres.

Mudah Buat Rawatan Bekam Di Rumah

Kebanyakan perkhidmatan bekam yang ditawarkan dijalankan di spa atau hotel. Ada pelanggan kurang selesa dengan perkhidmatan yang ditawarkan kerana masalah juruterapi bukan sama jantina. Kebanyakan juruterapi adalah wanita dan mungkin akan timbul masalah dan ketidakselesaan pelanggan terutamanya juruterapi warga asing.

Oleh yang demikian, terdapat perkhidmatan bekam yang dijalankan secara mobile terus ke rumah. Kini terdapat satu laman sesawang iaitu MYbekam yang menawarkan jurubekam bagi rawatan bekam terus ke rumah. Melalui laman sesawang ini, kita boleh membuat tempahan atas talian dan menetapkan temujanji untuk juruterapi ini datang ke rumah dan menyelesaikan rawatan atau terapi yang kita inginkan.

MYbekam merupakan satu platfom memudahkan pelanggan mendapatkan jurubekam ke rumah. Pelanggan tidak perlu risau kerana perawat yang hadir sama jantina dan mempunyai tauliah Kementerian Kesihatan Malaysia. Jurubekam bergerak ini berkualiti, bertauliah dan professional.

Jurubekam lelaki merawat lelaki. Manakala jurubekam perempuan merawat perempuan. Ini akan membuatkan anda lebih selesa untuk melakukan bekam.

Jika dilihat pada harga dan pakej yang ditawarkan memang berbaloi. Kita hanya tunggu dirumah. Jimat kos minyak dan tol berbanding jika mendapatkan perkhidmatan di luar. Harga pakej adalah termasuk kos jurubekam ke rumah anda.

Perkhidmatan Bekam Mobile

Bagi mereka yang sibuk, MYbekam pilihan anda. Terdapat tiga sebab utama kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan jurubekam bergerak ini. Pertama, anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan kesesakan lalulintas untuk mendapatkan perkhidmatan bekam. Hanya perlu tunggu di rumah dan jurubekam akan datang ke rumah anda untuk memberikan rawatan yang kita mahukan.

Kedua, anda boleh memilih waktu rawatan yang sesuai dengan anda. Waktu paling sesuai untuk berbekam adalah pada waktu tengahari atau petang. Haribulan yang paling afdal adalah hari ke 17,19 dan 21 (bulan Hijrah).

    Sepertimana hadis : Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Dan akhir sekali, anda boleh meneruskan kerja anda seperti biasa selepas sesi rawatan. Malah anda lebih selesa kerana rawatan dilakukan di rumah anda sendiri.

Kebersihan adalah menjadi keutamaan Mybekam. Mybekam mengamalkan konsep Mudah dan Selesa’. Mereka melakukan servis bekam kepada pelanggan dengan cara yang selamat dan mengutamakan kebersihan.

Buat masa ini, MYbekam beroperasi di beberapa negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Penang.

Untuk anda yang ingin mendapatkan rawatan bekam dari MYbekam, boleh klik di sini.

error: Content is protected !!