Select Page

Seperti yang kita ketahui, masalah angin dalam badan bukanlah masalah baru kerana ianya merupakan masalah yang sering kita alami. Biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman.

Simptom seperti perut kembung, badan lemah, terasa loya dan muntah sering berlaku jika angin didalam tubuh anda berlebihan. Bahkan badan juga akan terasa sakit apabila adanya angin yang berlebihan di dalam tubuh badan seseorang.

Angin di dalam tubuh datangnya dari dua sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar. Hal ini demikian kerana akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam atau diproses dengan baik dalam badan kita.

Gas berlebihan yang terdapat di dalam perut di mana gas senyap dalam penghadaman anda akan membuat perut kembung dan biasanya akan cuba untuk mengeluarkannya melalui angin. Selain daripada perut kembung, angin dalam badan juga boleh menyebabkan semangat kerja menjadi kurang. Ini kerana sebahagian badan mengalami kesakitan reumatik dan berasa sangat tidak bertenaga, yang ditandakan dengan kenaikan suhu badan.

Terdapat pelbagai petua dan cara buang angin dalam badan serta menghilangkan sakit badan. Dengan menggunakan kaedah tradisional, pengambilan makanan yang berkhasiat, penggunaan produk kesihatan yang betul, menjalani gaya hidup yang sihat, sedikit sebanyak dapat mempengaruhi sistem imuniti di dalam badan kita.

Namun ada satu cara yang paling berkesan untuk buang angin dalam badan iaitu dengan berbekam.

Buang Angin Dalam Badan Dengan Berbekam

Satu perkara yang sangat biasa dan meluas dilaksanakan untuk membuang angin dalam badan iaitu dengan bekam. Rawatan bekam kini sememangnya menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini merupakan alternatif kepada rawatan moden. Hal ini kerana keberkesanan bekam telah terbukti sejak dahulu lagi dalam menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit.

Bekam yang dilakukan dengan menggunakan beberapa cawan khas bagi menyedut darah-darah kotor ini berupaya menghilang dan mencegah segala penyakit di dalam tubuh badan anda. Ia juga dikatakan mampu menghilangkan darah kotor dan membersihkan dalaman tubuh badan kerana darah yang baru dan bersih akan dihasilkan semula

Rawatan bekam ini adalah rawatan yang diamalkan oleh Rasullullah saw. Ia merupakan salah satu daripada sunnah yang boleh kita amalkan untuk memastikan kesihatan kita pada tahap yang baik.

Secara umumnya terdapat dua jenis bekam iaitu bekam kering/bekam angin dan bekam basah. Bekam kering dimana peralatan  bekam  hanya diletakkan  di atas  permukaan  kulit, kulit tidak ditoreh  dan  tiada pendarahan berlaku.

Manakala kaedah bekam basah pula melibatkan peralatan  bekam  yang diletakkan  di atas  permukaan  kulit  yang telah ditoreh dan berlaku pendarahan melalui luka tersebut yang dikumpul di dalam peralatan bekam.

Bagi masalah angin dalam badan, kedua-dua kaedah ini berkesan. Bagi bekam angin,kawasan yang dibekam adalah bahagian yang dirasakan banyak mengandungi angin dan sengal-sengal. Khasiat kaedah bekam ini ialah dapat mengeluarkan angin dari badan, menyegarkan badan, melonggarkan urat saraf yang bersimpul, menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah.

Bekam darah pula adalah seperti bekam angin, cuma setelah dilakukan sedutan yang pertama, kulit pesakit akan ditoreh sedikit untuk membuka ruang untuk mengalirnya darah dari permukaan kulit. Darah ini biasanya adalah merupakan darah bertoksik yang tidak diguna pakai oleh badan, dan perlu dibuang untuk mengelakkan dari terhasilnya penyakit.

Melalui proses torehan juga, selain toksin dan darah kotor, kuantiti angin ataupun oksidan yang keluar biasanya lebih banyak daripada proses bekam angin.

Bagi yang ingin membuang angin dalam badan dengan berbekam boleh layari laman sesawang MYBekam. MYBekam adalah Mobile Bekam, iaitu akan terus ke alamat rumah atau lokasi yang di tentukan.

Keistimewaan MyBekam ialah jurubekam lelaki merawat lelaki dan jurubekam perempuan merawat perempuan. Buat masa ini, MYbekam beroperasi di beberapa negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor bahru, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Nak dapatkan rawatan bekam? klik di sini.

error: Content is protected !!