Select Page

MYbekam

MYbekam ditubuhkan pada tahun 2018 dan memperkenalkan konsep ‘mobile servis’ yang sangat mudah. Kami terdiri daripada therapis yang bertauliah dan mempunyai sijil sah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Kami memberikan servis Mybekam, mobile massage dan juga mobile facial. Kebersihan adalah menjadi keutamaan Mybekam. Mybekam mengamalkan konsep Mudah dan Selesa’. Kami melakukan servis Bekam kepada pelanggan dengan cara yang selamat dan mengutamakan kebersihan.

Ciri-Ciri Wajib Bekam

1

 

Badan Lesu

Apabila Badan Anda Kerap Rasa Air-Cond, Conoth Dalam Kereta, Dekat Office, Dan Di Rumah. Ini Menyebabkan Badan Anda Akan Cepat Lesu.

2

 

Kerap Sakit

Simptom Kerap Sakit Atau Mudah Menerima Penyakit Adalah Tanda Anti-Bodi Anda Tidak Kuat. Ini Menyebabkan Anda Mudah Terkena Penyakit Dan Di Wajibkan Berbekam

3

 

Stress

Akibat Tugasan Kerja Yang Banyak dan Masa Yang Padat Dan Menguruskan Rumah Tangga, Anda Akan Mengalami Stress Yang Teramat

4

 

Merasai Sesuatu

Semasa Buang Air Kecil, Air Kencing Anda Berbau dan Warna Yang Agak Kuning Gelap. Atau Kaki Anda Mudah Lenguh Apabila Lama Duduk.

Bagus ke Berbekam?

Berbekam adalah keadah rawatan terbaik dan ia memberikan banyak kebaikan seperti membantu menyihatkan tubuh badan, menghilangkan keletihan, mengimbangi daya ketahanan badan, membuang angin serta darah kotor, melegakan ketegangan urat dan membantu menguatkan otot-otot dalam badan.

 

Ini juga merupakan beberapa lagi contoh kebaikan berbekam:
  • Melegakan pening kepala dan menyembuhkan migrain
  • Membantu melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
  • Melegakan demam panas dan demam biasa
  • Memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
  • Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar
  • Mengeluarkan darah kotor dan melancarkan peredaran darah
  • Membantu meringankan tubuh
  • Merawat mata dan menajamkan penglihatan

Kepentingan Berbekam

Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini.

Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :

Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :

“ Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam! ’” (Sohihul Jami’ : 5671)

Dari Ibnu ‘Abbas r.a :

“ Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam! ”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).

Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam.

Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan

Penyakit Yang Bagus Untuk di Bekam

1. Stress
2. Sakit Kepala / Migrain
3. Kerap Kebas Kaki / Lenguh
4. Sakit Pinggang
5. Masalah Haid
6. Sakit Bahu / Urat Tegang
7. Masalah Susah Nak Buang Air Besar
8. Masalah Penghadaman / USUS
9. Kolestrol Tinggi
10. Darah Tinggi
11. Lemah Ingatan
12. Masalah Buah Pinggang
13. Obesiti
14. Parkinson
15. Kencing Manis
16. Mandul
17. Sembelit
18. Sakit Jantung
19. Insomnia (Susah tidur)
20. Berdengkur

Penjagaan Peralatan Bekam

Kami di MYbekam Sangat Mementingkan Penjagaan Peralatan Kami.

Ini Kerana Apabila Bermain Dengan Darah, Segala Peralatan Yang Di Gunakan Oleh Jurubekam MYbekam Mestilah Di Bersihkan Mengikut Yang Di Tetapkan Oleh KKM.

Bagaimana Cara Penjagaan Peralatan Bekam Oleh MYbekam?

1. Selepas Membekam Pelanggan MYbekam, Segala Peralatan Seperti Cup, Pen, Dan Lain-Lain Akan di Rendamkan Dengan Air Panas.
2. Kemudian, Kami Akan Masukkan Cecair DD1 iaitu Cecair Yang Bersifat Menghakis Bertujuan Untuk Menghakis Dan Menanggalkan Kesan-Kesan Darah Pada Peralatan.
3. Seterusnya, Selepas Beberapa Jam, Kami Akan Membersihkan Peralatan Bekam dan Memasukkan Peralatan Pada Mesin UV Sterilizer Yang Bertujuan Untuk Membasmi Kuman2 Degil.
4. Selepas Itu, Kami Akan Stim kan Peralatan Bekam dan Kemudian Menyusun Peralatan Bekam Pada Beg Untuk Di Gunakan Keesokan Harinya.

Berikut adalah tarikh dan waktu terbaik untuk berbekam pada Tahun 2018 M ( 1439 H – 1440 H ) :

Soal Jawab

Adakah sakit ketika berbekam?

Tidak, Ini Kerana Bekam yang menggunakan lancet / jarum seperti gigitan semut. Penggunaan lancet (jarum halus 21G) akan mengurangkan kesakitan berbanding torehan pisau yang dipanggil Bekam Torehan / Sayatan.

Adakah larangan tertentu sebelum berbekam?

Sebelum berbekam klien mestilah dalam keadaan yang tenang, tidak terlalu penat atau tidak terlalu kenyang (selepas makan 1-2 jam). Terdapat beberapa larangan lagi yang perlu dipatuhi, sila rujuk kepada perawat kami.

Adakah berbekam meninggalkan kesan sampingan?

Ya. Bekam meninggalkan kesan sampingan (Kulit seperti lebam). Ia adalah tanda selepas berbekam dan akan hilang dalam masa 3 ke 4 hari bergantung kesan lebam tesebut.

Siapakah yang boleh berbekam?

Semua golongan boleh berbekam, kecuali bagi beberapa golongan seperti kanak-kanak yang dibawah umur 7 tahun, ibu mengandung dan mereka yang menghadapi penyakit kritikal seperti HIV. Bagi penyakit lain yang belum di kira tahap kritikal, berbekam dapat mengurangkan penyakit tesebut.

Adakah larangan tertentu selepas berbekam?

Selepas berbekam dinasihatkan tidak terus mandi, makan atau melakukan kerja berat. Untuk mendapatkan kesan optimum selepas berbekam, klien hendaklah menghindarkan semalaman untuk bersama pasangan. Terdapat beberapa larangan lagi yang perlu dipatuhi, sila rujuk kepada perawat kami.

Bilakah waktu yang sesuai untuk berbekam?

Waktu paling sesuai untuk berbekam adalah pada waktu tengahari atau petang. Haribulan yang paling afdal adalah hari ke 17,19 dan 21 (bulan Hijrah) sepertimana hadis : Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Berapa lama tempoh rawatan bekam?

Tempoh rawatan bekam bergantung kepada keadaan pesakit , biasanya mengambil masa antara 40 minit – satu jam setengah.

Adakah berbekam menyebabkan rasa ketagih?

Tidak. Berbekam memberi kelegaan dan kesembuhan kesakitan (dengan IzinNya) di samping mendapat pahala sunnah. Selepas beberapa lama tidak berbekam, tubuh badan klien akan menjadi lesu dan tidak bermaya. Ia adalah tanda perlunya berbekam waktu itu.

Berapa lama selang masa untuk rawatan bekam seterusnya?

Tiada tempoh bagi rawatan seterusnya. Ia bergantung keadaan tubuh badan customer.

Selepas Berbekam Dengan Team MYbekam, Badan Saya Rasa Sangat Lega, Terima Kasih Team MYbekam. Servis Terbaik!

En. Farid, Puchong.

 

Equipment Yang Di Gunakan Team MYbekam Sangat Tersusun Dan Terjaga Rapi

En. Johari, Kuala Lumpur.

 

Alhamdulillah. Dah Berbekam Dengan Team MYbekam Lebih 5x, Sangat Berpuas Hati and Highly Recommended.

Pn. Faezah, Bangi.

 

Team MYbekam Banyak Memberi Info Berguna Berkenaan Sebelum And Selepas Berbekam dan Juga Kelebihan Bekam, TQ MYbekam.

En. Abu, Johor Bahru.

 

Sangat Best & Badan Ringan. Al Maklumla, Nak Cari Jurubekam Wanita Yang Boleh ke Rumah Ni Agak Sukar. Nasib Baik Ada Team MYbekam.

Pn. Emma, Shah Alam.

 

Badan Lesu & Lemau Dah Lega lepas Berbekam. Terima Kasih MYbekam Kerana Memberikan Servis Terbaik Untuk Kami Suami Isteri

En Fairu & Isteri, Semenyih.

 

Dah Lama Tak Berbekam, Bila Anak Saudara Beritahu Team MYbekam Buat Servis Untuk Bekam Ke Rumah Tersangat lah Happy and Syukur. Terima Kasih MYbekam

Puan Normala, Ipoh.

Pakej Bekam

Pakej A

10 Cup

 

Pakej Termasuk

Urutan Basic

Bekam Angin

Bekam Darah

Peralatan Terbaik

Jarum 21G (nipis)

Juruterapi Berpengalaman

Pengangkutan / Transport

1 Cup di Kepala

1 Cup di Tengkok

2 Cup di Bahu (Stress)

2 Cup di Belikat

2 Cup di Pinggang

2 Cup di Kaki

Petrol ke Rumah Anda

 

RM120

Pakej B

20 Cup

 

Pakej 1 Badan (20 Cup)

Urutan Basic

Bekam Angin

Bekam Darah

Peralatan Terbaik

Jarum 21G (nipis)

Juruterapi Berpengalaman

Pengangkutan / Transport

1 Cup di Kepala

1 Cup di Urat Mata (Tengkok)

2 Cup di Tengkok

2 Cup di Bahu (Stress)

2 Cup di Belikat

2 Cup di Tulang Belakang

1 Cup di Jantung

1 Cup di Hati

2 Cup di Usus

2 Cup di Pinggang

4 Cup di Kaki

Petrol ke Rumah Anda

 

RM200

Pakej C

40 Cup

 

Pakej Full Badan (40 Cup)

Urutan Basic

Bekam Angin

Bekam Darah

Peralatan Terbaik

Jarum 21G (nipis)

Juruterapi Berpengalaman

Pengangkutan / Transport

1 Cup di Kepala

1 Cup di Urat Mata (Tengkok)

2 Cup di Tengkok

2 Cup di Bahu (Stress)

2 Cup di Belikat

4 Cup di Tulang Belakang

1 Cup di Jantung

1 Cup di Hati

1 Cup di Hempedu

4 Cup di Usus

2 Cup di Pinggang

6 Cup di Kaki

4 Cup di Tangan

5 Cup di Dada (Jantung)

4 Cup di Gout

Petrol ke Rumah Anda

 

RM279

1. MYBekam adalah Mobile Bekam, iaitu Jurubekam kami akan terus ke alamat rumah atau lokasi yang di tentukan.

2. Jurubekam lelaki merawat lelaki. Jurubekam perempuan merawat perempuan.

3. Buat masa ini, MYbekam Beroperasi di Beberapa Negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor bahru, Negeri Sembilan, Perak dan Penang.

Prosedur Berbekam

  1. Diagnosis
    Tanya pesakit mengenai masalah kesihatan yang dialami. Tekanan darah, nadi dan bacaan gula akan diambil terlebih dulu sebelum jurubekam membuat keputusan pesakit sesuai berbekam atau tidak.
  2. Bersih kawasan bekam
    Kawasan yang ingin dibekam dibersihkan menggunakan iodin atau minyak zaitun
  3. Bekam angin dilakukan
    Proses sedutan angin dibuat selama 5 hingga 10 minit. Ini adalah untuk mengumpul darah kotor (oksidan), toksik, sel mati dan angin.
  4. Buka cawan bekam dan cucuk
    Cawan bekam yang digunakan ketika sedutan angin akan dibuka dan kulit akan dilukakan sedikit menerusi proses sayatan nipis atau tusukan jarum.
  5. Letak cawan bekam, sedut darah
    Proses ini dalam sepuluh minit bergantung kepada pesakit. Darah disedut sehingga keluar plasma (cecair berwarna putih).
  6. Sapuan antiseptik
    Dibuat selepas rawatan berakhir

Tempah Sesi Bekam Anda Sekarang

 

Untuk menyemak senarai perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak kami, klik butang dibawah. Pihak kami menyediakan perkhidmatan bekam dari jurubekam professional dan dipercayai terus ke rumah anda.

error: Content is protected !!